Khamis, 28 Jun 2012

Tahun 5 : Pokok Melaka


Pokok melaka juga dikenali sebagai Indian gooseberry dalam Bahasa Inggeris. Nama botani pokok melaka ialah Phyllanthus Emblica.

Pokok melaka     

Pokok melaka ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan.

Tahun 5 : Parameswara Dan Sejarah Awal Melaka


Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Isnin, 4 Jun 2012

Salam Kecemerlangan Untuk Semua.

Assalamualaikum,

     Apa khabar? Kami berharap anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sejahtera. Panitia Kajian Tempatan SK Batu Belah, Klang (SKBB) ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog ini. Semoga pertemuan dan ikatan persahabatan ini akan berlanjutan sampai bila-bila.

     Blog ini adalah salah satu usaha Panitia Kajian Tempatan SKBB untuk menyalurkan informasi dan ilmu berkaitan mata pelajaran Kajian Tempatan kepada semua pengunjung blog ini,  khususnya buat murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 SKBB. Blog ini diharap dapat mengurangkan kekangan masa yang wujud disebabkan masa yang terhad bagi pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan (diajar selama 60 minit seminggu).

     Pembinaan blog ini menepati perancangan yang dibuat oleh Panitia Kajian Tempatan SKBB dalam Pelan Strategi Kajian Tempatan bagi tempoh lima tahun. Kami berhasrat untuk menyampaikan sebanyak mungkin pengetahuan bagi mempertingkatkan pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran ini. Guru-guru Kajian Tempatan akan berinteraksi dengan murid-murid melalui blog ini dalam membicarakan aspek isi kandungan pelajaran, latihan, atau lain-lain yang berkaitan. Sudah menjadi matlamat Panitia Kajian Tempatan untuk mempertingkatkan pencapaian dan kecemerlangan akademik murid-murid bagi mata pelajaran ini.