Khamis, 19 Julai 2012

Penyerahan Tugasan Folio Kelas 5 Bestari

Antara Tugasan Folio Yang Telah Diterima

     Tugasan folio Sejarah Melaka merupakan tugasan yang perlu disiapkan oleh murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha. Bagi kelas 5 Bestari, tarikh akhir menyerahkan tugasan tersebut ialah pada hari ini iaitu 19 Julai 2012 manakala bagi kelas 5 Usaha pula ialah pada 30 Julai 2012.

     Saya (Cikgu Mohd Ashaari) ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid 5 Bestari yang telah dapat menyiapkan tugasan ini dan menyerahkannya kepada saya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, masih ada beberapa orang murid belum menyerahkan tugasan tersebut kepada saya dengan alasan-alasan tertentu. Atas pertimbangan, saya akan menerima tugasan folio yang belum dihantar selewat-lewatnya pada 24 Julai 2012. Perlu diingat, tugasan ini dinilai dan diberi markah.

     Berikut ialah senarai nama murid 5 Bestari yang masih belum menyerahkan tugasan tersebut. Sila serahkan mengikut tarikh lanjutan yang telah ditetapkan.