Tahun 5

LATIHAN ULANG KAJI 2

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan ulang kaji 2 di dalam buku latihan.

Arahan:
Bulatkan jawapan yang betul.
 
1.  Malaysia mengalami iklim
A.  Khatulistiwa
B.  Gurun panas
C.  Monsun Tropika
D.  Tundra

2.  Purata suhu tahunan bagi negara Malaysia ialah
A.  19 darjah celcius
B.  27 darjah celcius
C.  35 darjah celcius
D.  41 darjah celcius

3.  Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan
A.  Februari hingga Jun
B.  Mei hingga September
C.  Ogos hingga Disember
D.  November hingga Mac

4.  Angin Monsun Timur Laut melanda kawasan _______________.
A.  Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
B.  Semenanjung Malaysia.
C.  Pantai Timur Semenanjung Malaysia
D.  Malaysia Timur.

5.  Angin monsun yang bertiup dari laut menuju ke darat adalah 
A.  angin lembap
B.  angin kencang
C.  angin sepoi-sepoi bahasa
D.  angin kering

6.  Kawasan yang paling banyak menerima hujan ialah
A.  Bukit Larut
B.  Sandakan
C.  Kuala Pilah
D.  Kuala Terengganu

7.  Kawasan yang paling sedikit menerima hujan ialah
A.  Bukit Larut
B.  Sandakan
C.  Kuala Pilah
D.  Kuala Terengganu

8.  Mengapakah suhu di Pulau Tioman lebih rendah daripada suhu di Kuala Lumpur?
A.  Kepulauan
B.  Ketinggian
C.  Kebenuaan
D.  Tiupan angin monsun

*  Hazman menetap di Brinchang, Cameron Highland
*  Suraya menetap di Shah Alam.

9.  Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah suhu di tempat tinggal Hazman lebih rendah berbanding suhu di tempat tinggal Suraya?
A.  Hujan yang banyak
B.  Kedudukan di garisan lintang
C.  Ketinggian dari aras laut
D.  Kepulauan

10.  Kawasan ini mengalami musim sejuk yang panjang dan suhunya -45 darjah celcius. Kawasan tersebut ialah
A.  Siberia
B.  Gurun panas
C.  Tundra
D.  Mediterranean

11.  Negara Malaysia mengalami bencana alam iaitu
I.    Banjir
II.   Puting beliung
III.  Gempa bumi
IV.  Tiupan angin kencang

A.   I dan II
B.   II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan IV

12.  Pokok getah hidup subur kerana negara kita memperoleh
A.   suhu yang rendah
B.   suhu yang tinggi
C.   hujan yang lebat
D.   hujan yang banyak dan suhu yang tinggi

13.  Antara berikut, ciri-ciri iklim di Malaysia ialah
I.    suhu yang tinggi
II.   hujan sepanjang tahun
III. purata suhu tahunan ialah 27 darjah celcius
IV  perbezaan suhu antara 1 darjah celcius hingga 2 darjah celcius

A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  I, III dan IV
D.  Kesemuanya

14.  China Utara dan Kanada merupakan kawasan
A.   zon sejuk
B.   zon panas
C.   zon sederhana sejuk
D.   zon sederhana panas

*    Gurun Sahara
*    Gurun Atacama
*    Gurun Arab

15.  Apakah ciri-ciri iklim kawasan di atas?
I.    Musim panasnya sangat panas.
II.   Suhu ialah antara 32 darjah celcius hingga 40 darjah celcius.
III.  Mendapat hujan tahunan kurang daripada 250mm.
IV.  Mengalami 4 musim

A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  I, III dan IV
D.  I, II, III dan IV

Selamat menyiapkan latihan.
Mohd Ashaari b. Abdullah
9 Ogos 2012



LATIHAN ULANG KAJI 1

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan ulang kaji 1 di dalam buku latihan.

Arahan:
Bulatkan jawapan yang betul.

1.  Tumbuhan semula jadi yang terdapat di Gunung Kinabalu ialah
A.  Hutan hujan tropika
B.  Hutan pantai
C.  Hutan gunung
D.  Hutan paya

*  Pokok bakau
*  Akar jangkang

2.  Pernyataan di atas adalah betul bagi
A.  hutan gunung
B.  hutan hujan tropika
C.  hutan pantai
D.  hutan paya air masin

*  Pokok mengkuang laut
*  Pokok kelapa
*  Pokok ru

3.  Tumbuh-tumbuhan di atas terdapat dalam
A.  hutan pantai
B.  hutan paya air tawar
C.  hutan paya air masin
D.  hutan gunung

4.  Apakah flora semula jadi yang hidup di puncak gunung?
A.  Belukar
B.  Lumut
C.  Pokok cengal
D.  Pokok renek

5.  Antara yang berikut, pasangan manakah yang betul?
      Jenis tanah       Pokok
A.  Liat            -    Cengal
B.  Laterit        -    Nipah
C.  Aluvium     -    Bakau
D.  Pasir          -    Kelapa

6. Ciri-ciri hutan hujan tropika ialah
I.    tumbuh rapat
II.   berakar banir
III.  malar hijau
IV.  tumbuh di kuala sungai

A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  II, III dan IV
D.  I, II, III dan IV

7.  Apakah faktor yang mempengaruhi tumbuhan semula jadi di Malaysia?
I.    Iklim
II.   Saliran
III.  Tanah-tanih
IV.  Bentuk muka bumi

A.  I, II dan III
B.  I. II dan IV
C.  I, III dan IV
D.  Kesemuanya


8.  Apakah pernyataan yang benar tentang flora di atas?
I.    Bunga terbesar di Malaysia
II.   Menarik pelancong
III.  Dijadikan makanan
IV.  Tumbuh di hutan gunung

A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  I, III dan IV
D.  I, II, III dan IV

9.  Apakah tumbuhan semula jadi yang hidup di kawasan air bertakung?
I.    Nipah
II.   Ramin
III.  Jelutung
IV.  Mengkuang

A.  I dan II
B.  II dan III
C.  III dan IV
D.  I dan IV

*    Sepilok, Sabah
*    Kuala Gandah, Pahang

10. Kerajaan Malaysia telah mewartakan tempat-tempat di atas sebagai
A.  tempat penternakan hidupan liar
B.  lokasi untuk menarik pelancong
C.  sumber pendapatan negara
D.  lokasi perlindungan hidupan liar










11.  Hidupan liar dalam gambar di atas hidup di kawasan
A.  Tundra
B.  Siberia
C.  Mediterranean
D.  Gurun

*    Sable
*    Moose
*    Lamming

12.  Hidupan liar di atas hidup di kawasan
A.  Siberia
B.  Tundra
C.  Mediterranean
D.  Gurun

Selamat menyiapkan latihan.
Mohd Ashaari b. Abdullah
6 Ogos 2012

LATIHAN 3

Murid-murid 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menyalin dan menjawab soalan-soalan latihan 3 di dalam buku latihan. Latihan yang siap perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Khamis - 2 Ogos 2012.

Arahan:
Tuliskan (BETUL) pada pernyataan yang betul dan (SALAH) pada pernyataan yang salah.

1.   Masjid ialah pusat kegiatan ilmu yang penting semasa Kesultanan Melayu Melaka.  (          )
     
2.   Ulama dan para cendekiawan menjalankan aktiviti keilmuan di surau.  (          )
     
3.   Semasa Kesultanan Melayu Melaka, perbincangan dan perdebatan tentang agama Islam di kalangan ulama berlaku di istana.   (          )

4.   Pengajaran tentang agama Islam disampaikan oleh Sultan Melaka kepada pembesar dan rakyat baginda di istana.   (          )

5.  Undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka digubal di istana semasa Kesultanan Melayu Melaka.   (          )

6.   Sastera dari Arab dan Parsi tlah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu.   (          )

7.   Istana menjadi tempat penyimpanan hasil karya penulis tempatan dan sastera asing.   (          )

8.   Bahasa pengantar dan komunikasi di Melaka semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Bahasa Melayu.   (           )


Selamat menyiapkan latihan.
Mohd Ashaari b. Abdullah
31 Julai 2012



LATIHAN 2

(Murid-murid kelas 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menyalin dan melengkapkan jadual di bawah ini. Latihan ini perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Selasa - 10 Julai 2012).

Sistem Pentadbiran  Zaman Kesultanan Melaka 

Selamat melaksanakan tugas.
Mohd Ashaari b. Abdullah
4 Julai 2012


TUGASAN FOLIO KAJIAN TEMPATAN 

Murid-murid kelas 5B dan 5U dikehendaki menghasilkan sebuah folio bagi tugasan Kajian Tempatan. Maklumat tugasan tersebut ialah seperti berikut:

Tajuk         :  Sejarah Melaka
Pengisian    :
                     1.    Kulit
                     2.    Penghargaan
                     3.    Biodata
                     4.    Isi Kandungan
                     5.    Pengasasan Melaka
                     6.    Asal-usul Melaka
                     7.    Kegemilangan Melaka
                     8.    Peluasan Kuasa Melaka
                     9.    Kemerosotan Melaka
                   10.    Kesimpulan
                   11.    Rujukan

Tugasan ini boleh ditulis atau ditaip menggunakan komputer. Folio yang telah siap dan lengkap perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Khamis 19 Julai 2012. Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan guru anda.

Selamat Maju Jaya.
Mohd Ashaari b. Abdullah
21 Jun 2012



LATIHAN 1 

(Murid-murid kelas 5 Bestari dan 5 Usaha dikehendaki menyalin dan menjawab soalan-soalan berikut di dalam buku latihan Kajian Tempatan masing-masing. Latihan ini perlu diserahkan kepada guru (En. Mohd Ashaari) pada hari Selasa - 26 Jun 2012).


Tuliskan jawapan bagi pernyataan-pernyataan di bawah ini.

1.   Baginda telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
      Jawapan: ____________

2.   Baginda sebenarnya ialah seorang putera raja dari tempat ini.
      Jawapan : ____________

3.   Baginda gagal menentang kerajaan Majapahit dan telah melarikan diri ke tempat ini.
      Jawapan : ____________

4.   Pada asalnya, Temasik adalah di bawah naungan kerajaan ini.
      Jawapan : ____________

5.   Baginda telah melarikan diri ke sini sebelum diserang oleh kerajaan yang menguasai
      Temasik.
      Jawapan : ____________

6.   Dalam perjalanannya ke utara melalui Sening dan Bertam, baginda telah berehat
      di bawah pokok ini.
      Jawapan : ____________

7.   Haiwan ini ialah haiwan perburuan baginda.
      Jawapan : ____________

8.  Haiwan berwarna putih ini telah menendang haiwan perburuan baginda sehingga
     terjatuh ke dalam sungai.
     Jawapan : _____________


Selamat Berjaya.
Mohd Ashaari b. Abdullah
20 Jun 2012

     

2 ulasan:

  1. Terima kasih..saya gunakan bahan ini untuk latihan murid. Bahan yang dihasilkan bersesuaian dan membantu pengajaran saya kelak.

    BalasPadam
  2. terima kasih dari saya..
    saya gunakan soalan ini untuk murid-murid saya..
    jazakAllah..

    nik sklong luping

    BalasPadam