Pokok melaka juga dikenali sebagai Indian
gooseberry dalam Bahasa Inggeris. Nama botani pokok melaka ialah Phyllanthus
Emblica.
Pokok melaka
Pokok melaka ialah sejenis pokok
daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang
terdapat di Malaysia
dan India terkenal
untuk buahnya yang
boleh dimakan.
Pokok melaka ialah sejenis
pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya
bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja
dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau
kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh.
Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok
Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa
dimakan dengan garam,
dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan
air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C
sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap
100 g jus yang diperah.
Buah melaka
Di India, buah pokok melaka
biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda.
Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.
sumber : Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan