Khamis, 28 Jun 2012

Tahun 5 : Pokok Melaka


Pokok melaka juga dikenali sebagai Indian gooseberry dalam Bahasa Inggeris. Nama botani pokok melaka ialah Phyllanthus Emblica.

Pokok melaka     

Pokok melaka ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan.


Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.

Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.

 Buah melaka

Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.


sumber : Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan